Ad Code

Advertisement

BIASISWA TUN DR. MAHATHIR – YPC


BIASISWA TUN DR. MAHATHIR – YPC (September 2013)

Biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC adalah sebuah biasiswa khas yang telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian tinggi di Kolej Teknologi YPC Kuala Lumpur. Pelancaran biasiswa Tun Mahathir-YPC telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai 2013 bertempat di Kolej YPC, Cheras, Kuala Lumpur. Nilai Biasiswa ini adalah biasiswa pengajian penuh 100% untuk membiayai yuran pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur. Pelajar yang ditawarkan biasiswa ini boleh mengikuti kursus foundation dalam beberapa bidang selama setahun di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur dengan Kerjasama Liverpool John Moores University , United Kingdom - U.K Degree (3+0).

KELAYAKAN MEMOHON:

1) Warganegara Malaysia. 2) Pelajar Lepasan SPM dengan minima 5 Kredit. 3) Pelajar-pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi – YPC Kuala Lumpur dalam bidang pengajian yang berikut:
i. Foundation in Business & Information Technology KPT/JPS (A8657) 07/12
ii. Foundation in Business KPT/JPS (N/340/3//0051) 11/16

CARA MEMOHON:
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Kolej Teknologi-YPC : http://www.kolejypc.edu.my/

TARIKH TUTUP: Permohonan biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC ini haruslah diserahkan sebelum 24 SEPTEMBER 2013.

MAKLUMAT LANJUT: Sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa Tun Dr.Mahathir- YPC ataupun mengenai program-program peringkat Diploma dan Ijazah dan Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Pihak Kolej Teknologi YPC-It

WEB bolehlah dilayari di laman Web :

www.kolejypc.edu.my
ataupun emailkan ke:

syant.kolejypc@gmail.com (Tel: 03-9283 3799) Advertisement