Detailed description |
KETERANGAN PROGRAM
Nama Program :
Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
(Program ini dilaksanakan secara berkembar atau sepenuhnya di Universiti Terkemuka Luar Negara)
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
- Calon mesti sihat tubuh badan.
- Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN:
- Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara dalam Bidang Bahasa Arab di Timur Tengah
- Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Aliran Agama yang memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang.
- Keutamaan diberikan kepada calon-calon berikut:
- Memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang
merangkumi gred A-, A dan A+ Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan
al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Inggeris.
- Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Harian yang
mengikuti Kelas Aliran Agama (KAA).
- Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara dalam Bidang Pengajian Islam di Timur Tengah
- Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam
Aliran Agama yang cemerlang dalam akademik iaitu memperoleh
sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang.
- Keutamaan diberikan kepada calon-calon berikut:
- Memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang
merangkumi gred A-, A dan A+ Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan
al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Inggeris.
- Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Harian yang mengikuti
Kelas Aliran Agama (KAA).
- Program Kembar Praperkhidmatan Bachelor of Arts in Sciences of
Language and Information Specialising in Teaching French as a Foreign
Language Antara KPM dengan University of Franche-Comte.
- Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang
dalam akademik iaitu memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred
cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+
termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
- Calon mesti mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa
Perancis serta mempunyai sekurang-kurangnya Sijil DELF 1. Sebagai
prasyarat, calon dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama dua (2)
tahun/empat (4) semester di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa KPM.
- Calon yang LULUS Kursus Persediaan dengan jayanya akan DITAWARKAN
untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Perancis selama tiga
(3) tahun/enam (6) semester di Universiti di Perancis
- Calon yang LULUS pengajian di Perancis akan menyambung pengajian
tahun empat (4) (tahun akhir) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa KPM.
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi
pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses
tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang
dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut
Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada
program. ,
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
CARA MEMOHON
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online)
dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat
: http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014.
- Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan
kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti
menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak
dipanggil temu duga
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my
bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG),
temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti
sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
- Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup
permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor
rujukan sebagai pengesahan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 MAC 2014 (11:59 MALAM)
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA
(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6720/6733/6769/6723 |