PERMOHONAN PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ) TAHUN 2023
Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon penajaan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2022. Permohonan adalah secara dalam talian akan dibuka bermula 12 Jun 2023 (jam 12.00 Tengahari) sehingga 16 Jun 2023
Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti dibawah:
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
3.1 Syarat Umum (i) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
(iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
(v) Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di manamana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian; dan
(vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
3.2 Syarat Khusus Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti di LAMPIRAN 1.