Ad Code

Advertisement

UPUONLINE | CARA PERMOHONAN, TARIKH PEMBELIAN NO PIN & SYARAT KEMASUKAN






PERMOHONAN UPU 2020 ONLINE (LEPASAN SPM/ STPM)

Berikut adalah maklumat tentang permohonan UPU 2020-2021 termasuk memaparkan tarikh buka & tutup, cara beli nombor pin UPU dan aplikasi permohonan :
Permohonan UPU sesi akademik 2020/2021 melibatkan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, IPG dan Institut Latihan Kemahiran Awam.
Tarikh Dibuka : 24 Februari 2020
Tarikh Ditutup : 31 Mac 2020 (SPM), 07 April 2020 (STPM/ Setaraf)

CARA PERMOHONAN UPUONLINE 2020

1. Pemohon perlu membuat pembelian nombor PIN UPU 2020-2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum memohon UPU secara online. Harga seunit nombor pin UPU bernilai RM15.60 yang boleh didapati di kaunter atau mesin ATM BSN. Pembelian boleh dibuat pada 24 Februari sehingga 06 April 2020 di cawangan Bank Simpanan Nasional.

2. Setelah adanya nombor pin UPU, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di sistem UPUOnline.
3. Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline
untuk permohonan kemasukan ke UA.
4. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama :-
a) No Kad Pengenalan
b) Alamat E-mel
c) Nama Ibu
d) Kata Laluan
e) Kod Keselamatan
f) Soalan Keselamatan Profil Akaun
5. Sekiranya pemohon telah mendaftar, pemohon boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.
6. Pemohon hendaklah mengisi maklumat yang disediakan seperti Isi Maklumat Peribadi, Maklumat Keluarga, Maklumat Akademik, Pilihan Program Pengajian dan Maklumat Lain-lain.
7. Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumat
permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.
8. Setelah klik butang “Sah & Hantar”, penyataan “Terima Kasih” Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan dengan maklumat seperti berikut:
a) Tarikh Permohonan;
b) Masa Permohonan;
c) Rujukan Permohonan;
d) Semua maklumat permohonan yang telah diisi;
e) Tarikh kemaskini pilihan program;
f) Tarikh-tarikh penting hebahan temuduga;
g) Tarikh kemaskini Fasa 2 bagi calon Matrikulasi/Asasi.
9. Maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “Cetak Slip”.
Carta Alir Permohonan UPUOnline


Tarikh-Tarikh Penting UPU Online 2020-2021 : Permohonan, Keputusan Tawaran. Temuduga Dan Rayuan

BPKP JPT adalah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU.BPKP JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke :-
  • a) 20 Universiti Awam (UA), 36 buah Politeknik, 102 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline
    • Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf
    • Program Pengajian Lepasan SPM
  • b) 33 Politeknik Konvensional/METrO, 102 Kolej Komuniti dan 5 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUSkills
    • Program Pengajian Lepasan SPM
    • Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO) 1:04 PM 2/1/2020


TARIKH PENTING UPU ONLINE 2020-2021
DATEPIN UPU/ PERMOHONAN/ PILIHAN PROGRAM
24 FebJualan Unik ID Di buka
24 FebPermohonan UPUonline di buka
15 Mar – 2 AprPilihan Program Pengajian UPUOnline Dibuka Bagi Lepasan STPM/STAM/Asasi/Matrik
20 Mar – 2 AprPilihan Program Pengajian UPUOnline Dibuka Bagi Lepasan SPM
1 AprJualan Unik ID Di tutup
2 AprPermohonan UPUonline di tutup
DATETEMUDUGA/ KEPUTUSAN/ RAYUAN
12 ~ 24 AprSemakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
16 ~ 24 AprProses Temuduga Lepasan SPM Dijalankan
5  ~ 10 MeiHebahan Keputusan Lepasan SPM Bagi Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
5  ~ 10 MeiPermohonan Rayuan Kemasukan Ke UA Lepasan SPM
10 MeiSemakan Panggilan Ujian MEdSI & Semakan Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
15  ~ 19 MeiUjian MEdSI Dijalankan
15 Mei ~ 28 JunProses Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (Tertakluk Kepada UA)
11  ~ 27 JunSemakan Panggilan & Proses Temuduga Pendidikan
28 Jun ~ 7 JulSistem UPUOnline Fasa 2 – Matrikulasi / Asasi Dibuka
Minggu 1 JulHebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM/Setaraf dan Pengesahan Setuju Terima/Tolak Tawaran
30 Jul ~ 8 OgosAplikasi eRayuan Dibuka Untuk Calon Gagal
26 OgosHebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1
13 SeptHebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2

Cara Permohonan UPU 2020/2021 Secara online

Bagi fasa permulaan ini, pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja dan tiada pembelian no UNIK ID diperlukan.Ini bermaksud anda cuma perlu daftar dan login.
Sepanjang tempoh ini, anda dibenarkan untuk membuat semakan program yang ditawarkan.
Login melalui pautan di bawah ini: MOHON UPU 2020Selepas masuk ke dalam pautan di bawah, anda akan lihat paparan di bawah:
Boleh juga terus klik daftar akaun baru: DAFTAR AKAUN BARU
Sebarang keterangan tentang kemasukan ke Universiti Awam, sila hubungi talian helpline UPU di 03 – 8870 8200 atau layari ke laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.
Semoga pelajar berjaya mendapat tawaran kemasukan ke universiti di Malaysia ambilan 2020-2021.
Untuk Info Terkini > Join Telegram Rasmi Kami =>  👉🏼 KLIK SINI

Mohon Segera!!
Advertisement