Ad Code

Advertisement

Biasiswa Sekolah Menengah Tahun 2021

Permohonan bagi BSM Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2021.


Kadar Biasiswa

Sebelum tahun 2003, pemohon yang layak akan menerima BSM sebanyak RM500 setahun.

Namun selepas tahun 2003, kadar BSM telah dinaikkan kepada RM600 setahun.

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin memohon BSM perlu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa pemohon ialah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon/ibu/bapa lahir di Negeri Pahang.
  4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun.
  5. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan yang lain.
  6. Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pemohon adalah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah.
  8. Pemohon adalah murid Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) keluarga pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Pemohon yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula di Tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Cara Memohon

Cara memohon BSM boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut di bawah:

  1. Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap ke sekolah semula.
  4. Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang.
  5. Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/.

Soalan Lazim

Berapakah jumlah yang akan diterima sekiranya permohonan BSM saya berjaya?

Pemohon yang berjaya akan menerima jumlah BSM sebanyak RM600 setahun.

Adakah saya boleh memohon untuk anak saya yang kini bersekolah di Tingkatan 3?

Buat masa ini, permohonan BSM hanya dibuka bagi Tingkatan 1 dan 4 sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Bolehkah saya menghantar sendiri borang permohonan BSM ke Yayasan Pahang?

Tidak boleh. Borang permohonan BSM hanya perlu dihantar ke pihak sekolah dan pihak sekolah akan menguruskan permohonan tersebut ke Yayasan Pahang.

Jika saya bukan lahir di Pahang tetapi telah menetap lebih daripada 12 tahun, bolehkah saya memohon BSM?

Boleh. Pemohon yang telah menetap di Negeri Pahang lebih 10 tahun layak untuk memohon BSM.

Jika anak saya bersekolah di Sekolah Menengah persendirian, adakah anak saya layak untuk memohon BSM?

Tidak. Pemohon yang ingin memohon BSM perlu sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau melayari laman web http://www.yp.org.my/.


Advertisement