Ad Code

Advertisement

Tajaan JPA | Program Khas Ijazah Luar Negara (PKILN) Tahun 2022

 


PERMOHONAN PROGRAM KHAS IJAZAH LUAR NEGARA (PKILN) TAHUN 2022 
  

Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Persediaan untuk memohon penajaan di bawah Program Khas Ijazah Luar Negara Tahun 2022.

Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka mulai 15 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang.

Iklan PKILN Tahun 2022

Sila klik di sini untuk memohon

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke penajaan2022@jpa.gov.my(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)

CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA
https://esilav2.jpa.gov.my selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2022
(Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.

Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ)
yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung
program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini /
meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan
mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Ijazah Luar
Negara Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

PERTANYAAN DAN MASALAH TEKNIKAL

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat
dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga
22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel
penajaan2022@jpa.gov.my (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh
permohonan dibuka sahaja).

STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)

Calon-calon yang memohon program penajaan ini DAN melepasi syaratsyarat permohonan yang telah ditetapkan dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Centre (SAC) yang dijadualkan pada pertengahan Ogos 2022. Calon boleh menyemak Portal eSILA dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat mengenai tarikh dan tempat SAC.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman
sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan
September 2022.

Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh
keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas
tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Advertisement