Monday, 24 August 2020

Tajaan Program YTP-Ulul Albab

 Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) menawarkan tajaan Program YTP-Ulul Abab 2020 bagi pelajar lepasan SPM untuk pengajian di Universiti Tenaga Nasional kemasukan September 2020.



BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Maklumat berkenaan Tahfiz adalah seperti di bawah:


SYARAT-SYARAT PENAJAAN
.

Syarat Umum

  1. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi ENAM (6) subjek yang telah ditetapkan oleh MARA mengikut bidang pengajian.
  2. Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh UNITEN.
  3. Pemohon DAN salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  4. Ibu, bapa, penjaga serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  5. Pelajar tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
  6. Lulus pemeriksaan kesihatan.
  7. Pelajar dikehendaki menamatkan pengajian dalam tempoh yang diluluskan sahaja. Tempoh tambahan bagi sambungan atau mengulang tidak akan dipertimbangkan dan hendaklah dibiayai oleh pelajar sendiri.
  8. MARA & TAZU berhak untuk meminda syarat-syarat tajaan, meminda tatacara pembayaran,  atau menarik balik atau membatalkan kelulusan pinjaman pelajaran di atas tanpa sebarang notis.


Syarat Akademik

A. KEJURUTERAAN & SAINS KOMPUTER

Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam ENAM (6) subjek berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan
  5. Fizik
  6. Kimia

dan tiada Gred C dalam keputusan peperiksaan SPM yang sama.

B. PERAKAUNAN & PENGURUSAN PERNIAGAAN

Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam ENAM (6) subjek berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. TIGA (3) subjek lain

dan tiada Gred C dalam keputusan peperiksaan SPM yang sama.https://www.youtube.com/embed/Mw3xgXI7iQ8?feature=oembed


MAKLUMAT TAJAAN

Perkara-perkara di bawah tajaan adalah seperti berikut:

  1. Yuran Pengajian Asas (RM15,000-RM17,000)
  2. Yuran Ijazah Sarjana Muda (RM49,000-RM75,000)
  3. Yuran Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN (RM14,000)
  4. Wang Saku.

Nota : Yuran Pendaftaran (RM1,348), Yuran Sumber (RM1,560/setahun), Yuran Penginapan (dari RM220/sebulan, jika tinggal di kampus) dan insurans tahunan TIDAK ditaja di bawah program ini.


PERMOHONAN

Permohonan perlu dibuat secara online seperti pautan di bawah.

https://forms.gle/YMhG7Mr4sdEqe7za9


Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi. Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas dari UNITEN satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

TARIKH PENTING

  1. Tarikh Buka – 15 Ogos 2020.
  2. Tarikh Tutup – 31 Ogos 2020.


PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UNITEN seperti berikut:

Kejuruteraan & Sains Komputer
Ustaz Hafizan – 013-2129365
Pak Ariff – 019-3668275
En Irwandi – 019-9644520
En Samsuddin – 019-6135096

Perakaunan & Pengurusan Perniagaan
Pn Nik Fanidautty – 019-6940874

MOHON SEGERA!! SENARAI LENGKAP BIASISWA 2020 KLIK SINI