Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) komited untuk memupuk bakat muda Malaysia yang akan memainkan peranan penting dalam memajukan agenda pembangunan negara melalui program ‘BPMB Award of Group’s Undergraduate Scholarship (BAGUS) kami. |
Terbuka kepada pelajar cemerlang Malaysia, program BAGUS menawarkan peluang untuk pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan perbankan di universiti berprestij di dalam dan luar negara. Pemohon yang layak mesti memenuhi kriteria berikut: |
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 23 tahun.
- Tamat program Pra-universiti/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mana-mana daripada yang berikut:
- STPM / A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
- Diploma / Matrikulasi: Purata Gred Pencapaian Kumulatif (CGPA) minimum 3.50
- Matrikulasi Australia: Sekurang-kurangnya ATAR 80%
- Program Asasi Amerika: Sekurang-kurangnya mata skor SAT 1,200
- SPM: Sekurang-kurangnya 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara.
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
- Keupayaan untuk menunjukkan kualiti dan potensi kepimpinan.
- Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
- Pemohon mestilah bukan penerima biasiswa atau anugerah lain daripada organisasi/Yayasan lain.
- Permohonan daripada pelajar sarjana muda tahun 1 juga akan dipertimbangkan.
Para penerima biasiswa kami akan memiliki akses kepada pendidikan bertaraf dunia, mengikut senarai universiti pilihan Bank untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berikut:
- Perniagaan (Perakaunan, Perniagaan & Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi)
- Kejuruteraan dan Teknologi (Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sains Komputer, Analis Data)
- Kajian Berkaitan Perbankan Lain (Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-Undang, Berkaitan Syariah, Sains Politik, Falsafah, Psikologi, dll)
Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, sara hidup, dan elaun berkaitan. |
Setelah menyelesaikan program ijazah sarjana muda dengan berjaya, penerima biasiswa akan diberi peluang untuk bekerja di Bank Pembangunan, dengan komitmen untuk berkhidmat di Bank untuk tempoh enam (6) tahun. Untuk memohon, sila hantar permohonan anda ke BAGUS@bpmb.com.my sebelum 15 Julai 2024. |
Permohonan menggunakan keputusan ramalan dari bulan Mei 2024 diterima. Keputusan rasmi perlu dihantar selepas dikeluarkan oleh pihak Universiti. Calon yang disenarai pendek akan menjalani penilaian dan temuduga. |
Di Bank Pembangunan, kami komited untuk memberi impak yang bermakna dalam komuniti kami, dengan tumpuan kepada kepelbagaian dan inklusiviti. Selaras dengan komitmen ini, program biasiswa BAGUS juga tersedia untuk pelajar Asnaf melalui peruntukan zakat untuk memastikan pelajar yang layak meneruskan pendidikan tinggi tanpa beban kewangan. Pasukan Pengurusan Syariah Kumpulan kami mengawasi peruntukan zakat untuk program biasiswa ini dan bekerjasama secara langsung dengan universiti-universiti tempatan terpilih untuk memudahkan proses tersebut. |
Universiti Pilihan di United Kingdom:
- University of Oxford
- University of Cambridge
- Imperial College London
- University College London (UCL)
- University of Edinburgh
- King’s College London
- London School of Economics and Political Science
- University of Manchester
- University of Bristol
- University of Glasgow
- University of Southampton
- University of Birmingham
- University of Sheffield
- University of Warwick
- University of Leeds
- University of Nottingham
- Queen Mary University of London
- University of York
- Lancaster University
- University of Liverpool
- Newcastle University
- Durham University
- University of Exeter
- Cardiff University
- University of St Andrews
- University of Aberdeen
- University of Leicester
- Queen’s University Belfast
- University of Reading
- University of Sussex
Universiti Pilihan di Amerika Syarikat:
- Stanford University
- Massachusetts Institute of Technology
- Harvard University
- Princeton University
- California Institute of Technology
- University of California, Berkeley
- Yale University
- The University of Chicago
- Johns Hopkins University
- University of Pennsylvania
- Columbia University
- University of California, Los Angeles
- Cornell University
- University of Michigan-Ann Arbor
- Carnegie Mellon University
- University of Washington
- Duke University
- New York University
- Northwestern University
- University of California, San Diego
- Georgia Institute of Technology
- University of Illinois at Urbana-Champaign
- University of Texas at Austin
- University of California, Davis
- University of Wisconsin-Madison
- Brown University
- Washington University in St Louis
- University of California, Santa Barbara
- University of North Carolina at Chapel Hill
- University of Southern California
Universiti Pilihan di Australia:
- University of Melbourne
- Monash University
- University of Sydney
- Australian National University
- The University of Queensland
- UNSW Sydney
- University of Adelaide
- The University of Western Australia
- University of Technology Sydney
- Macquarie University
Universiti Pilihan di Malaysia:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIA/IIUM)
Hantarkan permohonan anda kepada kami di BAGUS@bpmb.com.my atau ke alamat di bawah:
BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship (BAGUS)
Aras 20, Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2611 3888
Faks: 03-2698 4395
More info Click Here
Apply now! | Full Scholarships – KLIK SINI