Showing posts with label Biasiswa JPA 2024. Show all posts
Showing posts with label Biasiswa JPA 2024. Show all posts

Thursday

JPA Scholarship Program Penajaan Nasional (PPN)


Program Penajaan Nasional (PPN)

Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Bagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang. Senarai 20 universiti ini melibatkan dua buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat dan United Kingdom

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu,  Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul AlDin/ Al-Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan satu mata pelajaran lain; 

DAN JIKA ADA,

Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Permohonan

How to apply for JPA Scholarship 2024 (Program Penajaan Nasional)

KLIK DISINI UNTUK MEMOHON

Wednesday

JPA Scholarship - Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARATAHUN 2020


Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM)

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 200 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di manamana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan
  • Umur belum mencapai 19 tahun(20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

*Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

  • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurangkurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada); dan
  • Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

iNFO Penting Lain :-

Tuesday

JPA Scholarships | Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)


Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024 mulai 29 Februari 2024 (10.00 pagi) sehingga 7 April 2024 (11.59 malam)

Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU) untuk memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024. Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka mulai 29 Februari 2024 (jam 10.00 pagi) sehingga 7 April 2024 (jam 11.59 malam). Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah:

Iklan PIDN 2024


Sila klik di sini untuk memohon

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke pidn2024@jpa.gov.my (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)


1.0 PENGENALAN

1.1 Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti
pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik
Premier dan Government Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah
(PBU).
1.2 Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti
berikut:
(i) pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada
bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
setelah tamat pengajian;
(ii) bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima
sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)
setelah tamat pengajian;
(iii) bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima
sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
setelah tamat pengajian; dan
(iv) selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar
balik sepenuhnya nilai pinjaman.

2.0 SYARAT PERMOHONAN
2.1 Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus
permohonan seperti berikut:
2.1.1 Syarat Umum

1) Warganegara Malaysia;
2) Mempunyai kesihatan yang baik;
3) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan
undang-undang oleh JPA;
4) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana
pihak di peringkat pengajian yang sama;
5) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
6) Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun
bagi pelajar peralihan).

2.1.2 Syarat Khusus
1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama
sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:
(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan
memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya
3.00;
atau

(ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum
melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di
peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat
memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di
peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU)
yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM);
atau
(iii) memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid
Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata
pelajaran;
dan
(iv) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk
semester terkini / semasa.
B. Bidang Perubatan dan Pergigian:
(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini
pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian;
dan
(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak
termasuk semester terkini / semasa.

2.2 Semua bidang adalah ditaja di bawah PIDN Tahun 2023 KECUALI bidang-
bidang seperti berikut:
2.2.1 Bidang pendidikan;
2.2.2 Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil
lesen penerbangan;
2.2.3 Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
2.2.4 Program-program berkembar / dual ijazah / double degree dengan
institusi lain kecuali yang dibenarkan;
2.2.5 Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra
perkhidmatan;
2.2.6 Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
2.2.7 Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian /
pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

LAMPIRAN 1
SENARAI INSTITUSI YANG DITAJA DI BAWAH PIDN TAHUN 2023
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
21. Politeknik Premier
22. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
23. Universiti Multimedia (MMU)
24. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
25. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

UNTUK INFO LANJUT KLIK SINI
CARA MOHON KLIK SINI

Permohonan Penajaan PIDN Tahun 2023 akan dibuka mulai
20 Mac sehingga 2 April 2023 .

UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA MALAYSIA 2023 KLIK SINI